Tuesday, September 22, 2009

Good Bye my Pacifier(puting)

Mulai hari nie aku dah tak terigin nak hisap puting omputih kata pacifier lagi. Ini semua gara2 sepupu aku “Iman” ada ker patut dia pi gigit puting aku tuh sampai bocor. ces! memula mummy ingat aku yang gigit sampai bocor tp nasib baik la si Iman nie buat pengakuan dia yang gigit puting tuh sampai bocor, Alasan dia sebab geram sangat tengok puting tuh. Sabar jer la..
So sejak puting tuh bocor, aku dah takde selera nak hisap puting tuh. Bila mummy offer jer puting tuh, aku reject! tengok pon dah tak nak! pegang lagik la tak nak! tp bila nak tido tuh susah sket la, yea la biasanya ada menda yang aku hisap!
Sekarang nie tinggal kitty aku jer la, harap2 jangan la ada sesapa dengki dengan kitty aku nie.
Lain-lain perkembangan aku dah boleh sambung perkataan yang mummy atau daddy sebut. Contohnya tii door, mann dii, maa kann, de di, bo corr(kes puting bocor la nie)
Yang masih kekal agik tabiat aku, aku susah betul nak bermesra dengan orang yang tak jarang aku jumpa atau tak biasa. Macam kalau balik kuantan tuh, takde saper pon boleh peluk atau dukung aku kecuali mummy, daddy dan ayah chick. soryyla jual mahal sket! aku bukan tak nak tp segan. Sabar la yea..bila aku dah besar nanti ok la Insya’Allah.
22092009777 DSC01664
26092009806
Ini la puting aku yang bocor tuh, Yang baju oren tuh la yang punyer angkara menggigit puting aku sampai bocor..nasib baik aku tak mintak ganti rugi! so tinggal kenangan jer la puting aku tuh..

Monday, September 21, 2009

Aidilfitri 2009

Ketupat rendang kueh bahulu..
Juadah enak warisan melayu..
Adik comel berbaju baru...
Selamat Hari Raya dari aku....

hehe.. ini lagu raya dari iklan anakku.. tapi aku ubah yang last tu..
ok.. salam aidilfitri kepada semua sedara mara sepupu sepapat secucu aku.... ahaks!

Raya tahun ini, sambutan kami sekeluarga agak sederhana.. sebab mummy dan daddy baru aja balik dari umrah. Yup! mereka pergi mengerjakan umrah pada 31 ogos - 13 sept. Alhamdulillah mereka pergi dan balik dengan selamat..

Kami sekeluarga begitu 'Arabian' sket... hehe.. sebab mummy belikan aku baju raya jubah hitam.. mummy pon pakai jubah hitam.. daddy pon sama.. pakai jubah jugak... korang layann laa yea..

Ini lah jubah aku.. canteekk tak?? time nih aku jadi model sat.. 

 hahahaaa.. aku bergaya ngan 'spek' raya aku.. mummy belikan...

bersama kakak Iqah.. jalan-jalan raya.. 

cam biasa.. pegi beraya di Rumah Terbuka Sapura 

eh.. ehh.. ada Upin Ipin laa.... tapi masa nih aku takut lagi ngan Upin Ipin.. amek gambo aja ler..

ooppss.. Liza Hanim laa..  

tudung fesyen sanggul  .. mau tiru??

 dah balik umah, bergambar beramai-ramai.. 
(dr kanan) ibu, acik mar, kakak najwa, kakak nabila, kakak jaja, aku dan daddy

** ada lagi gambo raya.. nanti aku selongkar server buffalo daddy ..

Rezeki raya.... alhamdulillah... dapat banyaaaaakkk duit raya... hehe. seronok nya jadi budak kecik... lalalalalaa

ini adalah gabungan sampul duit dan duit raya.. 

setimbun sampul duit raya... cantik cantik semuanya.. 

hahha.. ini lah hasil aku tahun nih... kira lerr...

Mummy kata, duit raya aku tahun nih, dia beli emas 1 Dinar...untuk simpanan aku.
sebab, simpan emas lagi menguntungkan.. harga emas sentiasa naik..
bijakkkk bijakkk...

ini lah emas 1 Dinar aku tu...
(pandangan depan dan belakang. cantik ukirannya..)

kepada sesapa yang nak beli emas jongkong dinar916/emas999 bolehlah call mummy aku
hehe.. promote sket...

Thursday, July 2, 2009

Syaqila dah tau..

Posting kali nie.. just nak share yang aku sekarang nie dah tau mana satu anggota badan aku. Kalau setakat mummy atau daddy suruh tunjukan hidung, pipi, telinga, tangan, kaki, perut, pusat, ketiak, dagu, kepala, rambut, lidah, gigi dan mulut tuh takde hal la..sure boleh tunjuk punyer la.. senang jer.. cuma mata aku kompius sket! tak tau la apsal.. kalau tak percaya kat bawah nanti aku share kan video dia..

Other than that, sekarang aku belum boleh cakap lagi. Yang aku betul2 boleh sebut ABAH.. hehehe ntah la perkataan tuh paling senang rasanya kalau nak disebutkan. Abah pon suka melayan aku sebab tuh kot aku mudah sebut word ABAH tuh..

Kalau bab makan plak.. takde apa beza sangat cuma sekarang nie aku dah pandai makan sendiri, pastu kalau makan pedas tuh takde hal la. Tapi takde la pedas sangat.. kalau pedas sangat alamat menangis la aku.

so tuh jer la kot..hari nie aku dah berusia 1 tahun 6 bulan..

Sunday, May 24, 2009

1 tahun 4 bulan 19 hari..

fuh..lama dah tak mengomel dalam nie.. sibuk sket. Banyak menda baru yang nak di explore kan. So hari nie aku dah berusia 1 tahun 4 bulan 19 hari, macam2 yang telah aku lalui. Kepala aku dah pernah berdarah disebabkan jatuh dari katil..kalau ikutkan perlukan jahitan, tapi takut2 nanti ada tinggal parut maka tak perlu la di jahit hanya letak gam jer. Tapi waktu doktor tuh nak letak gam kat kepala aku nie.. fuhh punyer la aku meronta2..sampai 2 3 orang nurse la cuba pegang aku.. dasyat2..ikut saper la nie.. hehehe So alhamdulillah luka tuh dah ok skrg nie..takde parut pon. walaubagaimanapun selepas tuh jatuh katil tuh dah jd biasa bg aku..tido lasak sangat! habis satu katil nak di terokai. Sian daddy ngan mummy kekadang kaki aku kat muka diorang jer. mintak maaf la yea..tak sedaq!

Aku kalau bab2 jumpa doktor nie fobia sket, tak boleh tengok muka doktor sure aku meraung sekuat hati. Tak suka la doktor tuh pegang sana pegang sini, bagi ubat dah la. Tapi yang herannya setiap kali jumpa doktor mesti jumpa doktor yang sama kat Hospital An-nur tuh. Doktor tuh pon dah kenal aku. Nasib baik la aku ni jenis jarang2 demam. Kalau tak susah jugak aku dibuatnya.

Ok aku sekarang nie dah pandai buat apa yea.. berjalan memang dah terer, berlari pon dah boleh. kalau mummy/daddy suruh tuh, ada menda yang aku dah boleh buat contohnya buang sampah kat dalam tong sampah, bawak pinggan, ambil hand phone, ambil towel, ambil sejadah. Tata orang pon dah pandai, dengan orang pon aku dah tak takut sangat boleh la ajak main. kalau daddy ajak solat tuh, aku dah paham dah, aku akan ambil pi ambil sejadah. kalau nak makan mesti kena baca doa dulu kalau tak tak boleh makan lagi then aku akan make sure mummy dan daddy ada sama.

Makanan kegemaran aku sekarang nie lempeng gula merah, tiap2 hari ibu buat sarapan lempeng gula merah. Sekeping habis la aku makan. hehehe tp mummy punyer lempeng tak sesedap ibu punyer lempeng. Jangan marah yea mummy comment ikhlas dari syaqila.

apa lagi yek, rambut aku tak panjang2 lagi. ntah apsal aku pon tak sure. okla tuh kalau panjang rimas plak rasanya nanti, aku nie dah la cepat berpeluh. kalau tido malam tuh kalau takde kipas memang tak boleh tido aku dibuatnya. Tuh kekadang sampai jatuh katil tuh sebab nak carik tempat yang ada angin.

So tuh jer la kot buat masa nie. Banyak dah rasanya aku update. See next time..

Sunday, March 1, 2009

Dah boleh jalan dengan confident, tapi..

Sekarang nie 1 tahun 1 bulan 27 hari, aku dah boleh berjalan dengan confident tapi masih lagi terhuyung hayang lagi la. Tapi penat betul la berjalan nie. Daddy & Mummy dah sempat record gambar aku berjalan.

Hari tuh mummy ada bawak aku pergi tengok wayang kat Alamanda ceter Upin & Ipin. Not bad gak la ceter tuh.. aku boleh layan sambil makan Pop Corn hehehe.. Daddy tak ikut sebab daddy kerja. Mummy cuti hari tuh sebab ibu tak sihat nak jaga aku. So first time aku tengok wayang sejak aku dilahirkan. Memula daddy tak kasik aku pergi tengok wayang, sebab takut nanti aku ketagih tengok wayang plak nanti.

Sekarang nie suka betul membelek buku, pantang ada buku. Sure aku belek sehelai demi selai. Ntah apa yang aku carik aku pon tak sure. Kalau ada pensil lagi aku suka. Best jugak menulis nie. Tapi tak pandai lagi nak tulis apa. Cuma pandai menconteng jer.

So itu jer la buat masa nie..kat sini aku sertakan sekali video aku nak mula belajar berjalan.

Sunday, February 1, 2009

Pandai Berjalan..

Hari nie 1 tahun 26 hari baru aku dah mula boleh berjalan dengan sendiri..tp baru 4 5 langkah jer baru..alhamdulillah. ok la tuh kan..mummy and daddy suka giler. Tapi mummy dan daddy still lagi tak boleh record video aku boleh berjalan. Aku pon tak sure camner aku boleh berjalan..tetiba jer aku rasa boleh berjalan dengan sendiri. Seronok gak boleh berjalan nie yea..
So ok la setakat nie dulu yang boleh dicatatkan..

Saturday, January 17, 2009

Genap Setahun 12 hari..

Hari nie genap umur aku setahun..so far perubahan yang dah ada pada diri ku ialah gigi aku dah tumbuh 5 1/2 batang, 2 batang kat bawah dan 3 1/2 batang kat atas. Berjalan masih belum lagi, masih takut-takut. Tapi kalau berdiri sendiri tuh dah boleh dah..kalau mummy atau daddy pegang sebelah tangan berani la aku nak berjalan. Bercakap belum boleh lagi aku pandai sebut abah jer. Kalau mummy suruh tuh aku dah paham sikit-sikit, contohnya ambil handphone daddy. Kalau mummy tanya aku nak makan aku dah boleh bagi respon, caranya aku akan anggukkan kepala aku. Kalau mummy tanya aku kat mana pusat aku dah boleh tunjukka kat mana pusat aku.

so makanan aku sekarang nie, biasanya kat rumah ibu lempeng gula merah dan cekodok. kalau kat rumah mummy akan bagi biskut tiger dan roti gardenia cecah milo. Makan nasi tuh tengok la kalau aku lapar sangat aku makan. Kalau mummy dan daddy makan kat kedai aku pon akan makan apa yang mummy makan, kalau mummy makan nasi ayam maka nasi ayam la aku makan.

Sekarang nie aku dah nak sikit dengan orang, dengan uncle sam and auntie mar diorang dah boleh dukung aku..tapi tak leh lelama. Orang lain yang boleh dukung aku setakat nie che ina la. Pastu mak ngah lin, tapi kena umpan makanan la.

Baru-baru nie aku demam, kira teruk gak la..mula-mula muntah-muntah pastu cirit birit dan badan aku panas betul. Mummy and daddy bawak pergi Hospital An-Nur, doktor tuh kata aku kena food poisaning dan telah menjangkiti usus aku. Bila aku makan jer aku akan cirit birit, mula-mula hari tuh makan jer aku akan muntah. So aku selera makan aku pon kurang, aku banyak minum air suam jer. So sekarang nie alhamdullilah aku dah sihat macam biasa. Selera makan aku dah ada balik.

Setakat nie aku alergic dengan telur, maybe telur puteh. Tapi tak sure mummy and daddy tak pernah try bagi aku makan telur sejak tahu aku alergic dengan telur.

So ok la yang sempat dicatatkan setelah umur aku genap setahun 12 hari. Tak banyak sangat perubahan..ok jumpa lagi.

Sunday, January 4, 2009

My birthday Party..One Year Old

Hari nie Mummy and Daddy telah buat birthday party untuk aku sempena genap setahun umur aku. Party nie telah diadakan di rumah ibu(Mak lang), so secara tak langsung Ibu dan abah(Pak lang) turut sibuk untuk menjayakan party nie. Pada mulanya mummy and daddy plan nak buat makan-makan jer..tp terdpt jugak permintaan untuk turut diadakan sukanneka pada majlis tersebut.

So majlis tuh berjalan dengan tak beberapa lancar sangat..sbb hari tuh hujan. Apa yang dirancangkan tak dpt dilaksanakan mengikut jadual. Walaubagaimana pun majlis tuh tetap meriah dengan permainan bola tin, acara makan kek, kejar dan pijak belon, belon bom. Nampak seperti semua orang enjoy terutama ketika acara makan kek tak dpt nak diceritakan bertapa seronoknya semua orang hari tuh.

Last sekali acara potong kek, tuh pon dah nak maghrib baru boleh potong..sambil tu daddy pasang slide show.. so saper nak tengok slide yang daddy pasang tuh boleh la tengok kat youtube nanti.

Banyak jugak hadiah yang aku dpt..semua orang kasik. Orang mula-mula sekali kasik, jiran aku auntie Mar. Masa tuh aku baru bangun tido mandi pon belum lagi. Seronok betul rasanya dpt hadiah nie..tak tentu arah aku dibuatnya..tak tau mana satu nak tengok.. ada yang kasik baju,ada yang kasik mainan, ada yang kasik beg, kasik duit pon ada..thanks semua.

So ok la kat bawah nie ada beberapa gambar yang sempat snap utk majlis tersebut.