Saturday, January 17, 2009

Genap Setahun 12 hari..

Hari nie genap umur aku setahun..so far perubahan yang dah ada pada diri ku ialah gigi aku dah tumbuh 5 1/2 batang, 2 batang kat bawah dan 3 1/2 batang kat atas. Berjalan masih belum lagi, masih takut-takut. Tapi kalau berdiri sendiri tuh dah boleh dah..kalau mummy atau daddy pegang sebelah tangan berani la aku nak berjalan. Bercakap belum boleh lagi aku pandai sebut abah jer. Kalau mummy suruh tuh aku dah paham sikit-sikit, contohnya ambil handphone daddy. Kalau mummy tanya aku nak makan aku dah boleh bagi respon, caranya aku akan anggukkan kepala aku. Kalau mummy tanya aku kat mana pusat aku dah boleh tunjukka kat mana pusat aku.

so makanan aku sekarang nie, biasanya kat rumah ibu lempeng gula merah dan cekodok. kalau kat rumah mummy akan bagi biskut tiger dan roti gardenia cecah milo. Makan nasi tuh tengok la kalau aku lapar sangat aku makan. Kalau mummy dan daddy makan kat kedai aku pon akan makan apa yang mummy makan, kalau mummy makan nasi ayam maka nasi ayam la aku makan.

Sekarang nie aku dah nak sikit dengan orang, dengan uncle sam and auntie mar diorang dah boleh dukung aku..tapi tak leh lelama. Orang lain yang boleh dukung aku setakat nie che ina la. Pastu mak ngah lin, tapi kena umpan makanan la.

Baru-baru nie aku demam, kira teruk gak la..mula-mula muntah-muntah pastu cirit birit dan badan aku panas betul. Mummy and daddy bawak pergi Hospital An-Nur, doktor tuh kata aku kena food poisaning dan telah menjangkiti usus aku. Bila aku makan jer aku akan cirit birit, mula-mula hari tuh makan jer aku akan muntah. So aku selera makan aku pon kurang, aku banyak minum air suam jer. So sekarang nie alhamdullilah aku dah sihat macam biasa. Selera makan aku dah ada balik.

Setakat nie aku alergic dengan telur, maybe telur puteh. Tapi tak sure mummy and daddy tak pernah try bagi aku makan telur sejak tahu aku alergic dengan telur.

So ok la yang sempat dicatatkan setelah umur aku genap setahun 12 hari. Tak banyak sangat perubahan..ok jumpa lagi.

Sunday, January 4, 2009

My birthday Party..One Year Old

Hari nie Mummy and Daddy telah buat birthday party untuk aku sempena genap setahun umur aku. Party nie telah diadakan di rumah ibu(Mak lang), so secara tak langsung Ibu dan abah(Pak lang) turut sibuk untuk menjayakan party nie. Pada mulanya mummy and daddy plan nak buat makan-makan jer..tp terdpt jugak permintaan untuk turut diadakan sukanneka pada majlis tersebut.

So majlis tuh berjalan dengan tak beberapa lancar sangat..sbb hari tuh hujan. Apa yang dirancangkan tak dpt dilaksanakan mengikut jadual. Walaubagaimana pun majlis tuh tetap meriah dengan permainan bola tin, acara makan kek, kejar dan pijak belon, belon bom. Nampak seperti semua orang enjoy terutama ketika acara makan kek tak dpt nak diceritakan bertapa seronoknya semua orang hari tuh.

Last sekali acara potong kek, tuh pon dah nak maghrib baru boleh potong..sambil tu daddy pasang slide show.. so saper nak tengok slide yang daddy pasang tuh boleh la tengok kat youtube nanti.

Banyak jugak hadiah yang aku dpt..semua orang kasik. Orang mula-mula sekali kasik, jiran aku auntie Mar. Masa tuh aku baru bangun tido mandi pon belum lagi. Seronok betul rasanya dpt hadiah nie..tak tentu arah aku dibuatnya..tak tau mana satu nak tengok.. ada yang kasik baju,ada yang kasik mainan, ada yang kasik beg, kasik duit pon ada..thanks semua.

So ok la kat bawah nie ada beberapa gambar yang sempat snap utk majlis tersebut.