Malam (21 Mac 2008), di rumah nenek dah agak sibuk.. daddy - goreng ayam, makcik2 aku dok kupas bawang + lada + apa2 yang perlu di kupas laa... ada yang sibuk letak telur pd bunga telur.. ada yg dok borak2 aja... yang main2 pon ada sama.. pendek kata, malam itu kemeriahan dah terasa!
Pagi itu, alhamdulillah cuaca sangat cantik... majlis dimulakan dengan berzanji dan marhaban yang dikendalikan oleh ahli surau selayang indah - diketuai oleh Hj Masrom. Aku suka dengan alunan zikir dan marhaban itu...
ya ya marhabaan.... yaa aaa ya marhabaannn....
Selepas itu, aku didukung oleh daddy untuk laksanakan upacara mencukur jambul.. tapi sebenarnya tak cukur pon.. just gunting skett aja rambut-rambut ku ini.. ramai orang yang mengambil peluang menggunting rambut aku ni + mendoakan aku... alhamdulillah.. terima kasih semua.
Menu hari ini - Nasi putih, ayam masak merah, daging kambing masak gulai kari, sayur goreng, acar masak, ikan masin, sambal belacan, pisang & air sirap.
daddy sedang goreng ayam
sepupu sepapat aku tengah siapkan bunga telur
zikir & marhaban bermula
aku kena rehatkan diri dan beradu sebentar.. simpan tenaga.. hehehee
sesi cukur jambul bermula... dimulai oleh atok @ Hj Mohamed
then, baru laa tetamu yang lain..
inilah mok @ mummy aku punya mak laa... @nenek kuantan
ini nek amah @nenek selayang
tetamu-tetamu lain memberi doa dan keberkatan mereka..
tetamu sedang makan..
sesi bergambar laa...
haaa... daddy aku dengan hensemnya posing..
bergambar kenangan..
alhamdulillah majlis berlangsung dengan selamat mengikut perancangan...
buat daddy & mummy.. terima kasih dengan kasih sayang kalian berdua
buat nenek & atok .. terima kasih kerana sponsor tempat wat majlis.. hehe
| ini sampul aja... duitnya? dah simpan.. |
buat to'ki, mok, & family kuantan.. terima kasih dengan kunjungan anda semua khas dari Kuantan ke KL
buat kawan2 daddy & mummy serta jiran tetangga .. terima kasih kerana memeriahkan majlis dan bagi hadiah/duit pada aku..yey!
** selepas majlis berakhir, masa family kuantan nak balik kuantan, hujan turun dengan lebatnya... to'ki aku sesat - masuk KL balik.. tak jumpa jalan nak balik kuantan.. sian to'ki...