Sunday, May 24, 2009

1 tahun 4 bulan 19 hari..

fuh..lama dah tak mengomel dalam nie.. sibuk sket. Banyak menda baru yang nak di explore kan. So hari nie aku dah berusia 1 tahun 4 bulan 19 hari, macam2 yang telah aku lalui. Kepala aku dah pernah berdarah disebabkan jatuh dari katil..kalau ikutkan perlukan jahitan, tapi takut2 nanti ada tinggal parut maka tak perlu la di jahit hanya letak gam jer. Tapi waktu doktor tuh nak letak gam kat kepala aku nie.. fuhh punyer la aku meronta2..sampai 2 3 orang nurse la cuba pegang aku.. dasyat2..ikut saper la nie.. hehehe So alhamdulillah luka tuh dah ok skrg nie..takde parut pon. walaubagaimanapun selepas tuh jatuh katil tuh dah jd biasa bg aku..tido lasak sangat! habis satu katil nak di terokai. Sian daddy ngan mummy kekadang kaki aku kat muka diorang jer. mintak maaf la yea..tak sedaq!

Aku kalau bab2 jumpa doktor nie fobia sket, tak boleh tengok muka doktor sure aku meraung sekuat hati. Tak suka la doktor tuh pegang sana pegang sini, bagi ubat dah la. Tapi yang herannya setiap kali jumpa doktor mesti jumpa doktor yang sama kat Hospital An-nur tuh. Doktor tuh pon dah kenal aku. Nasib baik la aku ni jenis jarang2 demam. Kalau tak susah jugak aku dibuatnya.

Ok aku sekarang nie dah pandai buat apa yea.. berjalan memang dah terer, berlari pon dah boleh. kalau mummy/daddy suruh tuh, ada menda yang aku dah boleh buat contohnya buang sampah kat dalam tong sampah, bawak pinggan, ambil hand phone, ambil towel, ambil sejadah. Tata orang pon dah pandai, dengan orang pon aku dah tak takut sangat boleh la ajak main. kalau daddy ajak solat tuh, aku dah paham dah, aku akan ambil pi ambil sejadah. kalau nak makan mesti kena baca doa dulu kalau tak tak boleh makan lagi then aku akan make sure mummy dan daddy ada sama.

Makanan kegemaran aku sekarang nie lempeng gula merah, tiap2 hari ibu buat sarapan lempeng gula merah. Sekeping habis la aku makan. hehehe tp mummy punyer lempeng tak sesedap ibu punyer lempeng. Jangan marah yea mummy comment ikhlas dari syaqila.

apa lagi yek, rambut aku tak panjang2 lagi. ntah apsal aku pon tak sure. okla tuh kalau panjang rimas plak rasanya nanti, aku nie dah la cepat berpeluh. kalau tido malam tuh kalau takde kipas memang tak boleh tido aku dibuatnya. Tuh kekadang sampai jatuh katil tuh sebab nak carik tempat yang ada angin.

So tuh jer la kot buat masa nie. Banyak dah rasanya aku update. See next time..

No comments:

Post a Comment

Ada apa-apa nak komen?