Hari nie cukup umur aku 5 bulan.. So dlm 5 bulan nie aku dah mula pandai meniarap.. hehehe
Makan pon dah pandai sket.. mummy selalu bg aku makan potato yang telah diblend, epal yang telah diblend, biskut yang dicampur dengan air.. begitu berselera sekali aku makan. Dalam 5 bulan banyak menda baru yang aku dpt belajar.. aku dah mula kenal orang terutamanya mummy dan daddy aku la. Mak lang(ibu) dan Pak lang(baba) pon aku dah kenal..yea la selain mummy dan daddy.. mak lang dan pak lang laa yang menjaga aku ketika mummy dan daddy aku pergi kerja.
Aku nie alergic sket dengan susu formula nie.. mummy dan daddy ku dah macam jenis susu formula diorang beli..tp semua aku tak leh minum.. kala aku minum pon..pastu mula laa badan / muka aku naik bintik2 merah..tp yang paling teruk sekali..aku muntah balik apa yang aku minum tuh..tak leh masuk la.. susu cap gantung jugak yang best..hehehe
Setakat ini tabiat aku yang paling ketara ialah waktu nak tido.. punyer la susah aku nak dapat tune tido aku nie.. kalau nak tido mesti aku menangis giler2 selagi tak dapat tune tidur aku tuh.. aku tengok mummy dan daddy aku pon paham sangat tabiat aku tuh.. kekadang dia biar aku nangis puas2..hehehe.. ntah aku pon tak tau apsal macam tuh...sajer jer kot nak test suara.. hahaha..
Waktu pagi adalah waktu yang paling aku suka.. sbb waktu tuh la daddy atau mummy bawak aku jalan2 kat luar.. tengok pokok, tengok bunga, tengok kenderaan lalu lalang.. tp part aku suka tengok ialah tengok kenderaan lalu lalang.. best tol.. macam2 kenderaan aku tengok.. dari yang besar sampai la yang kecik. Yang aku peliknya.. manalaa diorang nak pergi pagi2 nie.. tp menurut daddy ku.. diorang nie semua nak pergi kerja..itu laa yang selalu diberitahu oleh daddy ku..sambil memberitahu aku jenis2 kenderaan yang aku tengok tu..
Aku jugak jenis yang tak nak kat orang.. kalau orang lain dukong aku ..memang aku menangis. Tak suka la.. aku hanya percaya kat mummy dan daddy ku serta orang2 yang biasa aku jumpa jer.. hehehe..takper tunggu aku dah besar sket.. nanti aku cuba la biasa2 kan diri dengan orang lain.
Ok kesimpulannya aktiviti harian aku setakat nie.. seawal pagi lebih kurang 6:30 am hingga 7:30 am aku akan terjaga dari tidurku. Then daddy or mummy ku akan bawak aku jalan2 kat luar rumah. Pastu aku akan tidur balik dalam setengah jam, kemudian mummy akan mandikan aku. lepas tuh bg makan/susu. setelah tuh aku tidur .. kemudian bangun dari tidur.. Pada sebelah petang mak lang(ibu) akan bawak aku duduk kat luar sementara menunggu mummy or daddy aku balik kejer. Pada sebelah malamnya dalam pukul 8:00 pm aku dah tidur.. tengah malam ada laa 2 or 3 kali aku bangun utk menyusu, sian mummy mata kuyu jer aku tengok..daddy aku plak.. lena jer.
oklaa setakat nie jer dulu yang sempat dicoretkan..
No comments:
Post a Comment
Ada apa-apa nak komen?